Monday, June 13, 2011

air yang tenang jangan disangka tiada buaya :)

Tajuk di atas merupakan tajuk cerpen yang gua tulis mase mid-year exam arituh untuk BM kertas 2 . wahahaha . nak bace tak ? korang tanak bace pon aku nak tulis jugak . ape aku kesah :P

     Natasha merupakan gadis kampung yang tinggal bersama-sama ibunya dalam kehidupan yang amat tegar. Namun, Natasha tidak menjadikan faktor itu untuk mendorongnya berjaya dalam kehidupan. Kerana baginya,di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Natasha merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Dia sentiasa belajar dengan tekun. Dia juga selalu memegang janjinya terhadap ibunya bahawa dia ingin mengubah nasib mereka.

     Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh Natasha dan ibunya iaitu hari untuk Natasha mengetahui keputusan peperiksaannya. Sepanjang pemergian Natasha ke sekolah untuk mengambilslip keptutusan itu. Ibunya sentiasa menanti kepulangan Natasha di tangga rumah yang serba usang itu.

     Dari jauh ibunya melihat Natasha berlari-lari berwajah kegembiraan sambil melaungkan perkataan "Mak ! Mak ! Mak !". Setelah tiba di tangga rumah Natasha mendakap tubuh ibunya dengan erat. Natasha memberikan slip keputusan itu kepada ibunya, di slip keputusan itu menunjukkan Natasha mendapat semua A tambah dalam semua mata pelajaran.

     Kini,Natasha melanjutkan pelajarannya dalam sebuah Universiti di Kuala Lumpur. Di sana,Natasha telah berjumpa dengan pelbagai jenis manusia yang terdiri daripada pelbagai jenis ragam. Semakin hari,Natasha semakin jauh ke alam bandar dan semakin jauh meninggalkan alam kampung. Natasha juga sudah berketerampilan menarik. Pakaian dan gayanya sudah jauh ke arah yang moden.

    Pada suatu hari,sewaktu Natasha dalam perjalanan hendak pergi ke kedai,Natasha telah berlanggar bahu dengan seorang lelaki. Lelaki itu meminta maaf kepada Natasha atas kejadian tersebut. Lalu lelaki itu memperkenalkan diri dan memberi sekeping kad yang tertera nombor telefon lelaki tersebut. Pada mula perjumpaan,Natasha sudah terjatuh hati dengan ketampanan lelaki tersebut. Sejak dari hari itu, Natasha sering keluar bersama. Lelaki itu juga sering membelikan hadiah untuk Natasha kerana lelaki itu sering ke luar negara. Natasha juga selalu jauh meninggalkan pelajarannya dan hanyut bersama lelaki itu.

     Pada suatu hari,lelaki itu mengajak Natasha ke sesuatu tempat. Kononnya,lelaki itu ingin memberi kejutan kepada Natasha. Lelaki itu menutup mata Natasha. Setelah tiba di tempat yang ingin ditujuinya,lelaki itu menolak Natasha dengan kuat ke arah seorang lelaki yang berumur dalam linkungan 40-an. Berkali-kali Natasha cuba untuk melepaskan dirinya. Kebaikan yang diberikan oleh lelaki itu kepada Natasha hanyalah satu cara untuk menjadikan Natasha seorang pela***. Setiap hari Natasha menangis di atas kejadian tersebut. Tetapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Yang Natasha sangkakan itu sebuah intan hanyalah kaca.

    Pada suatu hari,polis melakukan serbuan di premis tempat Natasha melayan pelanggan. Polis berjaya menangkap agen yang memperdagangkan Natasha. Natasha dihunikan dalam penjara selama 25 tahun. Masa depan Natasha hancur musnah hanya disebabkan seorang lelaki. Lelaki yang disangkakan baik dan menyayanginya hanyalah syaitan bertopengkan manusia. Betul bak kata pepatah 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya'.


Amacam beb cerpen gua ? Power tak ? HAHAHHA . Malangnye gua tak dapat full marks lah . untuk bahagian C tu gua dapat 35/40 je beb . doakan gua for Pmr tahun ni yaww :) thanks membace cerpen mengarut . wahahaha ;P www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

 

Template edited by Talkitucakap